Pada 13 Mac 2022 telah diadakan MRM Ride melibatkan lebih 20 orang peserta termasuk YB Dato Dr Razali bin Ab Malek; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Program yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Rembau dengan kerjasama Kelab PTD Negeri Sembilan ini melibatkan laluan Sepri - Kundur - Panchang - Astana Raja - Makam Raja Melewar - Penajis - Relong - Mampong - Pekan Rembau dan berakhir di Pejabat Daerah dan Tanah Rembau.

Program turut diselitkan dengan sesi penyerahan secara pentadbiran Makam Raja Melewar, Astana Raja oleh Tuan Mohamad Najib bin Mustafa; Pegawai Daerah Rembau kepada Drs. Shamsudin bin Ahmad; Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan disaksikan oleh YB Dato' Dr Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Makam Raja Melewar merupakan makam yang menyemadikan Yang Di Pertuan Besar pertama bagi negeri ini telah dinaiktaraf pada penghujung tahun 2021.

Kedudukan Makam Raja Melewar yang berdekatan dengan Muzium Rembau diharap dapat dijadikan salah satu sumber tarikan pelancongan kepada daerah ini.

IMG 2853

IMG 2809

IMG 2813

IMG 2837

IMG 2893

IMG 2898

Disclaimer

Negeri Sembilan State Government shall not be liable for any loss or damage caused by the user information obtained from this site.

Best viewed Mozilla Firefox version 43.0 above and minimum resolution 1024 x 768.

Privacy Policy | Security Policy | FAQ | Sitemap

Contact Us

Secretary State Office of Negeri Sembilan,
Level 5, Block A, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek, 70503 Seremban,
Negeri Sembilan. Tel : 606-765 9900
Faks : 606-761 7386
E-mel: korporatsukns[at]ns[dot]gov[dot]my
 
3665456
 Tarikh Akhir Dikemaskini : Tuesday - 09 August 2022.