FW813221 NS02 140119 KEPUTE

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan, Tuan Haji Aminuddin Harun, mendahului senarai 340 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-71 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, di Istana Besar Seri Menanti, hari ini.

​Beliau menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri, pada istiadat pengurniaan itu.

​Turut berkenan berangkat pada istiadat itu adalah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku ishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud dan kaum kerabat diraja yang lain serta orang kenamaan.

​Hadir sama, isteri Menteri Besar, Puan Hajah Wan Hasni Wan Yusof.

Turut menerima darjah kebesaran yang sama adalah Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador.

​Seramai tiga orang pula menerima Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk, iaitu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Zulkefly Mohamad Omar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Razali Ab Malik dan Setiausaha Agung Kementerian Hal Ehwal Parlimen Maghribi, Dr Hassan Ammari.

​Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada 16 orang iaitu Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman.

​Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan, Profesor Dr Nasrudin Mohammed; Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Haizuan Rozali; Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER), Sabuddin Sani.

​Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali; Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Zainudin Mohd Ali; Pengarah Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD), Brig Jen Ir Najmuddin Jaafar.

​Pesara Rejimen Semboyan Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brig Jen Zolkefli Saini; Mantan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Izhar Othman dan beberapa individu lain.

​Selain itu, seramai sembilan orang menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS), Darjah Tuanku Muhriz (5), Darjah Pekerti Terpilih (10), Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (42), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (86), Pingat Jasa Kebaktian (140), Pingat Khidmat Lama (15) dan Bentara Tuanku Muhriz (12).

​Pada hari ini, hanya seramai 150 individu yang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat.

Sumber : Portal www.negerisembilan.org

Penafian

Pejabat Daerah dan Tanah Rembau tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Paparan terbaik dengan Google Chrome versi 43.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 piksel minimum

Hakcipta Terpelihara 2018 ©
Pejabat Daerah dan Tanah Rembau

Hubungi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rembau,
Kompleks Pentadbiran Daerah,
71309 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 606-6851225 | Faks : 606-6852884
E-mel: do_rembau[at]ns[dot]gov[dot]my
0342343
 Tarikh Akhir Dikemaskini : Selasa - 03 September 2019 | 17:48 [24hrs]