majlis beramah mesra YTM

Rembau, 8 Oktober - Program Beramah Mesra YTM Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman, Undang Luak Rembau bersama Ketua-Ketua Jabatan Daerah Rembau telah diadakan bertempat di Restoren Sungai Rembau. Bersesuaian dengan tema program iaitu "Teh Tarik Session", program ini diadakan secara santai turut dihadiri kira-kira 50 orang tetamu yang dari pelbagai agensi/jabatan peringkat Daerah Rembau.

Sambutan Maal Hijrah 1440H

Rembau, 19 September - Forum Perdana Hal Ehwal Islam telah diadakan bertempat di Dewan Seri Rembau bersempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Rembau Tahun 1440H / 2018M. Forum yang bertajuk "Terus Mencintai" ini menampilkan Ustaz Mohd Shah Rizan Ibrahim sebagai moderator bersama-sama ahli-ahli panel terkenal iaitu Dato' Ustaz Kazim Elias dan Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail, mengupas mengenai betapa pentingnya cinta dan kasih sayang dalam mengharungi kehidupan seharian.

Program anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah Rembau dan Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau ini dibanjiri orang ramai seawal jam 7.30 pagi turut dihadiri oleh YTM Dato' Lela Maharaja, Dato Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman (Undang Luak Rembau), YB Sahibus Samahah Mufti Negeri Sembilan dan Pegawai Daerah Rembau Tuan Amino Agos bin Suyub.

Penafian

Pejabat Daerah dan Tanah Rembau tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Paparan terbaik dengan Google Chrome versi 43.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 piksel minimum

Hakcipta Terpelihara 2018 ©
Pejabat Daerah dan Tanah Rembau

Hubungi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rembau,
Kompleks Pentadbiran Daerah,
71309 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 606-6851225 | Faks : 606-6852884
E-mel: do_rembau[at]ns[dot]gov[dot]my
0009892
Tarikh Akhir Dikemaskini : Isnin - 22 Oktober 2018 | 10:16 [24hrs]