do rembau

kalam001

Assalammulaikum wbt dan Salam Negaraku Malaysia.

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Rembau (PDTR). Sejajar dengan kepesatan kemajuan ICT, PDTR bersama Kerajaan Negeri Sembilan telah membangunkan dan menambahbaik laman web untuk pihak pelanggan serta stakeholders kami.

Justeru itu melalui paparan maklumat-maklumat tersebut, para pelanggan dan orang ramai sekalian akan dapat mengetahui dan mengenali lebih dekat akan PDTR, khususnya mengenai peranan, tanggungjawab dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada para pelanggan dan masyarakat keseluruhannya. Usaha ini juga selaras dengan keperluan dan perkembangan teknologi maklumat masa kini serta usaha-usaha ke arah mempertingkatkan sistem penyampaian jabatan.

Melalui medium elektronik ini juga, saya berharap semua pelanggan berpuashati dengan mutu dan penyampaian perkhidmatan yang disediakan oleh kami ke arah mencapai kemajuan Daerah Rembau yang kita sayangi ini.

Saya mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung laman web ini bagi memantapkan lagi pengurusan PDTR dan meningkatkan lagi kemudahan yang disediakan.

Selamat melayari Laman Web Rasmi PDTR. Diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.Semoga laman web ini akan terus menjadi wadah rasmi Jabatan dalam perkongsian informasi yang berguna buat kita semua.

                                         “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

                                      “BERSIH. MUAFAKAT. SEJAHTERA”

                   “PERKHIDMATAN BERKUALITI TERAS KECEMERLANGAN”

 

MOHAMAD NAJIB BIN MUSTAFA
PEGAWAI DAERAH REMBAU

Penafian

Pejabat Daerah dan Tanah Rembau tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Paparan terbaik dengan Google Chrome versi 43.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 piksel minimum

Hakcipta Terpelihara 2018 ©
Pejabat Daerah dan Tanah Rembau

Hubungi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rembau,
Kompleks Pentadbiran Daerah,
71309 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 606-6851225 | Faks : 606-6852884
E-mel: do_rembau[at]ns[dot]gov[dot]my
0282002
 Tarikh Akhir Dikemaskini : Khamis - 18 Julai 2019 | 15:15 [24hrs]