Bagaimanakah melindungi komputer anda dari serangan virus

Apakah Virus?                                                                              

Virus komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam media storan yang dinamakan boot sector. Apabila kita menjalankan perisian atau cuba mencapai cakera yang dijangkiti virus, virus tersebut akan diaktifkan. Virus yang telah diaktifkan boleh melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain, memaparkan maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam keseluruhan cakera keras. Virus komputer juga boleh diprogramkan untuk bertindak pada masa-masa atau hari tertentu yang telah ditetapkan.

Bagaimana Virus Berkembang?

Virus komputer berkembang melalui penggunaan program yang telah dicemari virus. Apabila sesuatu program yang dijangkiti virus digunakan, ia akan bertindak mencari program lain sama ada di disket atau di cakera keras sesebuah komputer, kemudian ianya akan menjangkiti program ini dan begitulah seterusnya. Jenis serangan atau kategori serangan adalah bergantung kepada arahan di dalam virus itu sendiri.


1.    Internet

  • Mengunjungi atau memuat turun pelbagai data dari laman web yang tidak diketahui keselamatannya menyebabkan data yang dimuat turun berisiko diserang virus

2.    Media storan

  • Semasa pengguna komputer menggunakan media storan seperti disket, cdrom, cakera keras terhadap komputer yang telah diserang virus, ia akan memberi peluang kepada virus untuk menyerang data-data di dalam media storan tersebut.
  • Jika storan tersebut digunakan pada komputer-komputer lain, komputer- komputer tersebut pula akan diserang virus
  • Jangkitan akan terjadi ketika membaca fail atau menyalin fail.

3.    E-mail

  • Biasanya, e-mel yang mengandungi virus, ada lampiran fail (attachement) seperti *.zip, *.com, *.exe, *.vbs, *.rtf, *.dll, *.scr dan *.pif. Sebaiknya periksa terlebih dahulu dengan perisian antivirus.

Bagaimana melindungi Komputer dari serangan Virus?

. Jangan menggunakan disket atau sebarang storan yang tidak diketahui puncanya.

  • Disket tersebut mungkin telah tercemar dengan virus. Amalan write-protect disket hendaklah dilakukan selalu bagi memastikan virus tidak dapat menulis dirinya ke dalam disket tersebut.

2. Jangan sesekali menggunakan perisian cetak rompak.

  • Perisian cetak rompak lazimnya ialah perangkap penulis virus. Perisian sebenar yang telah diubah suai dengan memasukkan virus ini lazimnya dijual dengan harga yang amat murah.
  • Windows Update tidak boleh dijalankan pada Windows XP cetak rompak.

3.    Jangan membuka emel yang mempunyai lampiran.

  • Jangan buka lampiran emel daripada orang yang tidak dikenali.
  • Jangan buka lampiran emel yang mempunyai file extension seperti .exe, .scr, atau .vbs, atau double file extension seperti .txt.vbs
  • Elak daripada membuka lampiran emel daripada orang yang anda kenali kecuali jika anda tahu kandungan lampiran tersebut. Pengirim mungkin tidak menyedari lamapiran tersebut mengandungi virus

4.    Gunakan perisian antivirus terkini dan dikemaskini.

  • Anda perlu mengemaskini fail tandatangan virus (virus signature) sekurang-kurangnya sekali pada setiap hari.

5.    Imbas (scan) komputer anda setiap hari

  • Jadual imbasan boleh dilakukan pada waktu rehat, seperti waktu rehat tengahari. 
  • Rujuk laman web antivirus sekiranya virus tidak dapat dibersihkan oleh perisian antivirus.

6.    Memasang Personal Firewall

  • Sebagai perlindungan tambahan, anda boleh memasang perisian firewall peribadi. Tetapkan tahap keselamatan paling tinggi untuk pelayar web. 

7.    Kerap membuat salinan (backup)

8.    Buang fail dan perisian yang tidak bermanfaat

  • Buang fail-fail dan perisian yang tidak diperlukan dalam tugasan harian anda. 

9.    Hentikan semua aktiviti komputer yang telah dijangkiti 

  • Jika komputer anda telah dijangkiti oleh virus komputer, semua aktiviti menggunakan komputer tersebut mesti dihentikan - mulakan proses penghapusan virus. Meneruskan penggunaannya akan membantu virus merebak dengan lebih cepat.

10.    Periksa fail yang dimuat turun.

  • Periksa disket dan fail yang dimuat turun dari Internet terutama dari punca yang tidak diketahui menggunakan perisian anti-virus sebelum menggunakannya.

11.    Pastikan sistem pengoperasian sentiasa dikemaskini.

  • Windows hendaklah sentiasa dikemaskini (jalankan Windows Update) bagi memastikan sistem sentiasa selamat dari serangan virus dan penggodam. Tukarkan katalaluan kepada yang lebih sukar untuk dijejaki umum.
  • Kunjungi Microsoft Update dan aktifkan Automatic Updates

 

Penafian

Pejabat Daerah dan Tanah Rembau  tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Paparan terbaik Mozilla Firefox versi 43.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 piksel minimum

Hakcipta Terpelihara 2017 ©
Pejabat Daerah dan Tanah Rembau

0048712

Your IP: 103.21.45.151
2017-10-20 02:07

Hubungi Kami

Pejabat Daerah dan Tanah Rembau,
Kompleks Pentadbiran Daerah,
71309 Rembau,
Negeri Sembilan.
Tel : 606-6851225
Faks : 606-6852884
E-mel: do_rembau[at]ns[dot]gov[dot]my