Apakah Cukai Tanah?

Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah.(KTN Sek.5)

Bilakah cukai tanah perlu dijelaskan?
Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.

Perbezaan Cukai Tanah dan Cukai Taksiran?
Cukai Tanah dan Cukai Taksiran adalah 2 jenis cukai yang berbeza , Cukai Taksiran adalah dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah (Akta.K. Tem 171). Cukai Tanah wajib dibayar setiap tahun kepada pihak Berkuasa Negeri (KTN Sek. 5) melalui Pejabat Tanah.

Apa Akan Terjadi Jika Hasil/Cukai tidak dibayar selepas 31 Mei setiap tahun ?
Jika tidak dibayar selepas 31 Mei, cukai tanah akan menjadi tunggakan atau hutang anda kepada Pihak Berkuasa Negeri. Tunggakan ini akan dikenakan DENDA LEWAT kepada kadar yang ditentukan oleh pihak berkuasa negeri daripada jumlah tunggakan (KTN Sek 93,94(2)).

Apa akan terjadi jika Hasil/Cukai dan Tunggakan tidak di bayar?
Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah akan menghantar Borang 6A kepada tuan tanah supaya membayar cukai dan tunggakan dalam tempoh 3 bulan.  Bayaran notis 6A sebanyak RM 10.00 setiap hakmilik akan dikenakan.(KTN Sek 97).

Apa akan terjadi jika hasil/Cukai dan Tunggakan tidak di bayar dalam tempoh 3 bulan Notis 6A di serahkan?
Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah akan mengisytiharkan tanah tersebut dirampas MENJADI MILIK KERAJAAN sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang. (KTN Sek 100, Sek. 129, Sek. 130 dan Sek. 131). Perampasan akan diisytiharkan dalam Borang 8A dan diwartakan dalam warta Kerajaan Negeri. (KTN Sek. 131). Dengan terjadinya perampasan, anda tidak lagi mempunyai hak ke atas tanah tersebut

Bagaimana anda boleh membayar Hasil/Cukai?
nda boleh membayar cukai Tanah di kaunter Pejabat Tanah dan Pejabat Pos. Anda juga boleh membayar cukai Tanah melalui pos menggunakan wang pos, cek berpalang (A/C Payee Only) dan Bank Draft di atas nama Pentadbir Tanah Rembau

Apakah yang perlu dilakukan jika alamat pemilik tanah berubah?
PERUBAHAN ALAMAT PEMILIK TANAH HENDAKLAH DIMAKLUMKAN KEPADA PENTADBIR TANAH REMBAU DENGAN SEGERA. Sila catatkan (di belakang bil semasa membuat bayaran)

  • Nama
  • Nombor MyID / KP dan
  • Alamat baru pemilik tanah

Bilakah permohonan pengurangan cukai tanah dibuat?
Permohonan pengurangan cukai tanah boleh dibuat pada setiap tahun dan dikemukakan kepada Pentadbir Daerah dan Tanah yang berkenaan (lokasi tanah tersebut) pada atau sebelum 28 Februari dengan melengkapkan borang permohonan pengurangan cukai tanah yang boleh diperolehi di Pejabat Daerah dan Tanah tersebut.

Bolehkah bayaran cukai tanah dibuat didaerah-daerah lain?
Boleh. Cukai tanah boleh dibayar di mana - mana Kaunter Hasil Pejabat Daerah dan Tanah di dalam Negeri Sembilan. Pembayaran Cukai Tanah juga boleh dibayar melalui online dengan melayari laman web http://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html

 

 

1.  Apakah eKasih ? 
Sistem ekasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

2.   Adakah terdapat nama mereka yang miskin tetapi tidak didaftarkan? Apakah langkah untuk mengatasi perkara ini? 
Perkara seperti ini boleh berlaku disebabkan oleh faktor seperti keciciran liputan, rangka (frame) yang tidak menyeluruh dan faktor-faktor lain. Selain itu faktor seperti tiada sesiapa di rumah selepas 3 kali lawatan dalam masa yang berlainan oleh pembanci, alamat yang diperolehi tidak lengkap/ tidak tepat/tidak diketahui/tidak dikenali, telah berpindah dan juga enggan memberi kerjasama kepada pembanci turut menjadi punca kepada berlakunya perkara ini. Langkah yang dilaksanakan oleh ICU JPM ialah melalui kerjasama dengan pihak NGO/agensi yang  berkaitan dengan program/projek pembasmian kemiskinan bagi mendaftarkan mereka yang layak. Selain itu, pendaftaran terbuka dalam sistem eKasih juga memberi peluang kepada mereka yang tidak dicakupi semasa banci BIRM Fasa I dan Fasa II.

3.  Siapakah yang layak mendaftar di dalam eKasih? 
     Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2009.

4.   Bagaimana individu boleh mendaftar dalam eKasih? 
Melalui mekanisme pendaftaran terbuka eKasih, individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN), Focus Group Negeri atau Focus Group Daerah.

 

5.    Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)? 
 Ketua Isi Rumah adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah dimana dia tinggal.

6.    Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR)?
 Mereka ialah yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di tempat kediaman yang dipilih. 

    

7.   Siapakah yang dimaksudkan sebagai Mudah Miskin
      Golongan yang mempunyai pendapatan melebihi PGK semasa mendaftar dan  treshold di bawah RM1,500.00 bagi bandar dan RM1,000.00 bagi luar bandar

8.   Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan per kapita sesebuah keluarga? 
      Pendapatan perkapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah tersebut.

9.   Siapakah yang perlu mengemaskini bantuan yang telah diberi kepada KIR/AIR? 
      Agensi pemberi bantuan/pelaksana yang berkaitan.

10. Apakah perbezaan Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah disahkan dengan Senarai Penerima Bantuan (SPB)?

KIR yang telah disahkan merupakan KIR yang telah menjalani proses verifikasi yang dilaksanakan oleh pembanci dan mengandungi profil lengkap KIR, manakala SPB pula merupakan senarai penerima bantuan yang tidak menjalani proses verifikasi dan hanya mengandungi maklumat asas KIR sahaja.

  

11. Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih? 
      Anda boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM) melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti     Nama,No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat e-mail/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi. Selain itu, individu juga boleh membuat semakan dalam talian dengan melayari portal eKasih.

12. Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah saya mendapat sebarang bantuan ?
      Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih tidak memberi bantuan. Ia dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk mengenalpasti mereka yang betul- betul layak untuk menerima bantuan berdasarkan kepada   syarat dan kriteria bantuan masing-masing.

PROGRAM BANTUAN RUMAH (PBR)

 

1.   Apakah PBR ?

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa berbanding tempat kediaman terdahulu. Matlamat program ialah untuk meningkatkan dengan segera kualiti hidup mereka.

 

2.   Siapakah kumpulan sasar dalam PBR ?

Kumpulan sasar bagi program ini adalah golongan miskin tegar yang berdaftar dengan Sistem e-Kasih atau SSPKR.Keutamaan akan diberikan kepada:

  •       Golongan tua
  •       Uzur dan cacat
  •       Ibu tunggal yang mempunyai ramai tanggungan.

      Penerima bantuan perlu memiliki tanah sendiri atau mempunyai kelulusan bertulis daripada pihak berkenaan sekiranya menyewa/menumpang tanah milik orang lain/Kerajaan.

 

3.   Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon PBR ?

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :

  •       Miskin Tegar – pendapatan seisi rumah kurang dari RM 490.00 dan perkapita dibawah RM 110.00 sebulan
  •       Golongan yang tidak produktif – iaitu yang berumur lebih 65 tahun ke atas, uzur dan cacat
  •       Ibu tunggal yang mempungai tanggungan (anak-anak yang ramai)
  •       Mangsa bencana alam seperti rebut, taufan dan banjir serta kebakaran dengan syarat berstatus Miskin Tegar dan berdaftar di bawah e-Kasih.

Selain itu, terdapat juga syarat tambahan seperti :

  •       Tidak mempunyai rumah ; atau
  •       Mempunyai rumah tetapi berkeadaan usang, daif atau tidak selamat diduduki ; atau
  •       Memiliki tanah sendiri atau menumpang tanah milik orang lain / tanah kerajaan dan mendapat kebenaran secara bertulis bagi membina / membaikpulih rumah

 

4.   Apakah komponen dan kadar bantuan ?

Komponen projek di bawah PBR terbahagi kepada 3 kategori:

  •       Membina Semula/Bina Baru
  •       Membaikpulih Rumah; dan
  •       Membaiki Kerosakan Rumah Kerana Ditimpa Bencana

Kadar Bantuan Yang Diluluskan

Bil

Negeri

Bina Baru (RM)

Baik Pulih
(Maksimum)
(RM)

2 Bilik

3 Bilik

Kadar Bantuan Sekarang

Kadar Bantuan Maksimum Sekarang

Kadar Bantuan Maksimum Sekarang

1

Semenanjung

29,300

33,000

11,000

2

Sabah, Sarawak & W.P. Labuan

33,600

40,000

12,000

 

5.   Bagaimanakah kaedah pelaksanaan ?

Senarai permohonan bantuan PBR dikenalpasti untuk kelulusan KKLW berasaskan sumber yang diperakukan oleh agensi pelaksana peringkat negeri dari Daftar dan Profil KIR Miskin Tegar atau menerusi Pendaftaran Terbuka yang diuruskan oleh Pejabat Daerah/agensi pelaksana. Pelaksanaan projek boleh dibuat secara:

  • Gotong-royong
  • Pelantikan kontraktor Kelas F oleh agensi peneraju mengikut prosedur kewangan semasa.

* Nota : Pada Tahun 2007, program ini tidak akan dilaksana oleh KKLW dan diambilalih oleh Unit Perancangan Ekonomi (UPE). KKLW akan meneruskan semula pelaksanaannya mulai tahun 2008.

PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN (PPP)

 

1.   Apakah PPP ?

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan untuk membolehkan kumpulan sasar menyertai atau menjalankan projek-projek ekonomi dalam pelbagai sektor. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan pendapatan keluarga serta meningkatkan taraf hidup dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.

 

2.   Siapakah kumpulan sasar dalam PPP ?

Terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR), Ibu Tunggal (IT), Surirumah (SR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) Miskin Tegar yang produktif, iaitu:

  •       Tidak uzur
  •       Tamat persekolahan
  •       Berminat dan berazam kuat untuk menjalankan Projek

 

3.   Apakah komponen dan kadar bantuan dalam PPP ?

Menyediakan bantuan kewangan (seed money) dan khidmat pengurusan (maksimum RM 10,000) bagi pelaksanaan projek-projek ekonomi seperti:

  •               Kursus persediaan / latihan pra-pelaksanaan
  •               Peralatan / mesin
  •               Bengkel / premis / ruangniaga
  •               Bahan mentah
  •               Modal pembangunan & operasi

Di bawah program PPP untuk tempoh RMKe9 projek-projek ekonomi yang dijalankan adalah berasaskan kepada empat (4) kategori iaitu:

  • Perusahaan sumber asas tani seperti perusahaan memproses gula, perusahaan membuat hasil produk daripada rotan dan anyaman mengkuang dan nipah, perusahaan membuat kek dan roti, perusahaan ubatan tradisional daripada herba tempatan dan sebagainya.
  • Perniagaan seperti berniaga secara kecil-kecilan di ruang atau sudut perniagaan atau kiosk, perniagaan makanan dan minuman, penjaja statik atau bergerak, dsb.
  • Aktiviti perkhidmatan seperti aktiviti-aktiviti menjahit dan reka fesyen pakaian, mengusahakan kedai gunting rambut dan salon kecantikan, menjalankan khidmat urut tradisional dan sebagainya.
  • Aktiviti Pertanian

 

4.   Bagaimanakah kaedah pelaksanaan ?

Program-program ini dikenalpasti melalui agensi pelaksana yang dilantik iaitu:

  • Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan.
  • Agensi-agensi KKLW.
  • Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan swasta.
  • Kementerian / Agensi lain.

 

Privasi anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

 

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

 

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

 

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Negeri Sembilan - Jendela 9 Mini Karnival

Penafian

Pejabat Daerah dan Tanah Rembau  tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Paparan terbaik Mozilla Firefox versi 43.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 piksel minimum

Hakcipta Terpelihara 2017 ©
Pejabat Daerah dan Tanah Rembau

0048720

Your IP: 103.21.45.151
2017-10-20 02:10

Hubungi Kami

Pejabat Daerah dan Tanah Rembau,
Kompleks Pentadbiran Daerah,
71309 Rembau,
Negeri Sembilan.
Tel : 606-6851225
Faks : 606-6852884
E-mel: do_rembau[at]ns[dot]gov[dot]my