Rembau Crystal

 

Yayasan Negeri Sembilan telah menciptakan sebuah tempat unik di Daerah Rembau sebagai kompleks perkampungan kristal terbesar di Malaysia. Fasilitas ini dibuka pada 1 Desember, 2007. Kompleks ini juga merupakan sebuah pusat pelatihan, pembuatan serta pameran. Struktur unik Galeri Rembau Crystal ini memuat ciri-ciri unik seni bangunan Melayu Minangkabau. Produk yang dibuat dan dijual disini dibuat dari kristal. Diantara produk yang dibuat termasuk lampu meja, barang perhiasan kristal, pinggan mangkuk, aksesori dan banyak lagi. Produk kristal disini dibuat mengikut piawaian antarabangsa. Perkampungan kristal ini juga menjadi pusat bagi remaja lokal untuk mempelajari cara-cara membuat kristal, selain membuka peluang untuk menjual hasil kerajinan tangan mereka. Hal ini turut menjadikan Rembau sebagai salah satu tujuan pelancong terkenal di Malaysia.

Rembau Crystal beroperasi mulai jam 09.00 pagi hingga 17.00 petang (Isnin & Jumaat) dan jam 09.00 pagi hingga 16.00 petang (Sabtu & Minggu).

Rembau Crystal Sdn. Bhd. Lot 1432, Kompleks Perkampungan Kristal, Jalan Kampung Mulia, 71300 Rembau, Negeri Sembilan No Tel: 06-6853100 / 6855100 No. Faks: 06-6854100 atau kirim email ke: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

kristal1

 

kristal2

 

Gunung Datuk

 

Gunung Datuk adalah puncak tertinggi di daerah ini dengan ketinggian melebihi 2,900 kaki dan di gunung ini juga letaknya tapak asal pokok Merbau yang mana nama daerah ini diperolehi. Pendaki gunung yang sampai di kemuncaknya boleh melihat pemandangan yang luas di bahagian barat dari gunung - gunung Sungai Ujong menyeberangi pinggir laut hingga ke Selat Melaka. Gunung ini juga kaya dengan lagenda, antaranya tapak kaki di puncaknya yang menyumbang kepada legenda pahlawan Melayu, Hang Tuah, yang dikatakan berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Tuan.

 
 
gunung1
 
 
 
gunung2
 
 
 
Replika Istana Raja Melewar
 
 
Replika Istana Raja Melewar telah dibuka kepada orang ramai semenjak September 2004. Replika yang bernilai 2.7 juta ini merupakan daya usaha Pejabat Daerah Rembau dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan dengan bantuan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Tujuan pembinaan Replika ini adalah sebagai objek pelancongan bersejarah agar dapat mengingatkan kembali rekabentuk asal Istana Raja Melewar yang pernah diduduki di tapak asal ini. Pejabat Daerah Rembau telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan agar pengisian muzium diamanahkan kepada Lembaga Muzium Negeri dengan konsep dan objektif yang sesuai dengan latar belakang bangunan dan sejarah Rembau.
 
 
 
 istana1
istana2