Bismillahirrahmanirrahim

Dengan penuh rasa kesyukuran, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah memberi peluang kepada Pejabat Daerah Rembau untuk turut serta dalam penyediaan Laman Web Kerajaan Negeri ini.

Sebagai salah sebuah organisasi peringkat daerah yang berhubung secara langsung dengan pelbagai lapisan masyarakat, kesediaan untuk memberikan tahap perkhidmatan yang cekap dan berkesan amatlah diharapkan. Ekspektasi serta jenis pelanggan yang berurusan dengan Pejabat Daerah juga telah jauh berbeza berbanding masa yang lepas. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai salah satu daripada aplikasi perdana yang diperkenalkan oleh kerajaan secara tidak langsung telah melahirkan satu masyarakat yang berorientasikan kecekapan dan ketepatan maklumat. Oleh yang demikian kesediaan untuk memenuhi keperluan dan jangkaan yang sedemikian merupakan satu lagi cabaran baru di peringkat pengurusan daerah untuk meningkatkan delivery system yang sedia ada. Konsep pengurusan berasaskan maklumat di hujung jari memerlukan komitmen yang tinggi di setiap peringkat kakitangan. 

Hasrat murni Kerajaan Negeri menyokong pembangunan Laman Web di peringkat Jabatan dan Agensi di bawahnya adalah selaras dengan keperluan dan perkembangan ICT negara. Di harap pendekatan yang dilakukan ini dapat mendekatkan lagi masyarakat dengan Jabatan-jabatan Kerajaan dan seterusnya mewujudkan perkhidmatan yang berkualiti serta memenuhi kehendak rakyat 

Bagi pihak seluruh warga pentadbiran Daerah Rembau, saya mengharapkan laman web yang disediakan dapat sedikit sebanyak memberi manfaat serta mengalu-alukan sebarang pandangan ke arah memantapkan lagi persembahan dan kandungan maklumat di laman web ini.

 

AMINO AGOS BIN SUYUB

PEGAWAI DAERAH REMBAU