peta daerah
DAERAH REMBAU merupakan daerah yang terkecil sekali dari tujuh daerah di Negeri Sembilan Darul Khusus iaitu seluas kira-lkira 41,512.14 hektar persegi dengan penduduknya berjumlah melebihi 40,551orang berdasarkan Bancian Penduduk yang dibuat pada tahun 2000.
 
Daerah kecil ini mempunyai 17 buah mukim mengandungi 204 buah kampung dan ditadbir oleh 45 orang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tertakluk di dalam dua Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Chembong dan Kota.

Sebelum memperolehi bangunan tetap seperti hari ini, Pejabat Daerah Rembau dikatakan beroperasi dibeberapa tempat iaitu di Kendong, Kampung Lada Chengkau, Kampung Batu dan awal abad ke 20 telah dipindahkan ke Tambang Kuda iaitu Pekan Rembau sekarang dan bangunan itu kini dijadikan Perpustakaan Daerah. Bangunan yang terletak di tepi Jalan Dato' Lela Maharaja, Rembau adalah merupakan Pusat Pentadbiran Daerah Rembau yang berfungsi sebagai penyelaras semua aktiviti dan majlis di peringkat daerah disamping bertanggungjawab merancang pembangunan daerah dan infrastruktur asas seperti bekalan api, air, perhubungan telefon, jalan-jalan dan lain-lain untuk penduduk setempat.

Bangunan yang menjadi Pusat Pentadbiran Daerah ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa Bin Dato' Haji Abd. Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada 9 Mei 1998

Kini Pejabat Daerah Rembau mempunyai tanggungjawab yang lebih mencabar lagi untuk membangunkan Daerah ini selaras dengan dasar kerajaan memperkenalkan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan (K.Ekonomi) dan sumber maklumat-maklumat yang terpantas secara IT dan globalisasi.