VISI

Menjadikan Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau sebagai pejabat termaju di Negeri Sembilan dalam menguruskan pentadbiran tanah dan daerah bagi memenuhi keperluan pelanggan.

 

MISI

Mengurus, mengawal dan mentadbir sumber tanah bagi mencapai pembangunan yang seimbang dari segi ekonomi, sosial, fizikal dan pembangunan insan dengan cekap dan berkesan

 

 OBJEKTIF PEJABAT DAERAH

Meningkatkan pemodenan pentadbiran dengan melaksanakan komputerisasi selaras dengan perkembangan Teknologi Komunikasi Dan Maklumat ( ICT)

Meningkatkan kualiti hidup masyarakat sebagai asas perpaduan melalui pelaksanaan program pembangunan fizikal dan sosial yang pesat.

Meningkatkan anggota perkhidmatan awam yang berpengetahuan sebagai pemangkin kecekapan perkhidmatan kerajaan di peringkat daerah.

Menberi kepimpinan dan menyelaraskan aktiviti-aktivit agensi-agensi negeri dan persekutuan di peringkat daerah.

Mewujudkan kerjasama yang berkesan di antara rakyat dan kerajaan melalui projek-projek pembangunan kemasyarakatan dan keselamatan.

Mewujudkan perhubungan di antara Jabatan Kerajaan  dan agensi  lain di peringkat daerah untuk masyarakat yang lebih maju.

Menyelaraskan dan melaksanakan polisi dan projek pembangunan di peringkat Negeri / Persekutuan melalui Jabatan Kerajaan dan badan sukarela di peringkat daerah.

Menentukan pengurusan pentadbiran pejabat dari segi Pentadbiran Am, Tatatertib dan Kesalamtan Jabatan.

 

OJEKTIF PEJABAT TANAH

Mengurus Pentadbiran Tanah berdasarkan kepada kehendak undang-undang dan menepati  dasar-dasar Kerajaan Negeri dari segi pemilikan tanah dan perancangan kegunaan tanah.

Memainkan peranan di dalam menjayakan “Dasar Pembangunan Nasional” melalui polisi-polisi gunatanah.

Melaksanakan tugas kutipan hasil yang berkaitan dengan tanah sebagai sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri.

Memaju, mengawasi dan merancang kegunaan tanah pembangunan sesuai dengan konsep perancangan Wilayah.

Membantu menpercepatkan projek-projek Pembangunan yang ada hubungan dengan tanah yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi Keraajaan Negeri dan Persekutuan.