PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  1. Memastikan urusan pembayaran bil dan tuntutan diselesaikan dalam tempoh 14 hari.
  2. Memastikan aduan pelanggan diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 14 hari.
  3. Memastikan pemberian taraf berpencen dihantar kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUKNS dalam tempoh 7 hari selepas genap 3 tahun perkhidmatan.
  4. Memastikan rekod cuti rehat dikemaskini secara dalam talian di tahap 100%.
  5. Memastikan barangan stor dapat dibekalkan dalam tempoh 5 hari.

 

UNIT PELUPUSAN TANAH

  1. Memproses semua Permohonan Pemberimilikan Di Bawah Seksyen 78 Kanun Tanah Negara 1965 / Permohonan Perizaban Di Bawah Seksyen 26 Kanun Tanah Negara 1965 / Permohonan Pajakan Tanah Rizab Di Bawah Seksyen 63 Kanun Tanah Negara 1965 yang lengkap mengikut aktiviti dalam tempoh 12 bulan.
  1. Memproses semua Permohonan Lesen Pendudukan Sementara Seksyen 65 Kanun Tanah Negara 1965 yang lengkap dalam tempoh 9 bulan.
  1. Memproses semua Permohonan Permit Bahan Batuan Di Bawah Seksyen 69 Dan 70 Kanun Tanah Negara 1965 Bagi Tanah Merah / Rumput yang lengkap dalam tempoh 3 bulan.
  1. Memproses semua Permohonan Permit Bahan Batuan Di Bawah Seksyen 69 Dan 70 Kanun Tanah Negara 1965 Bagi Pasir Sungai yang lengkap dalam tempoh 12 bulan.

 

UNIT PEMBANGUNAN TANAH

  1. Memproses Permohonan Serahbalik Dan Berimilik Semula Tanah Di Bawah Seksyen 204A Kanun Tanah Negara 1965 / Permohonan Serentak Pecah Sempadan Dan Tukar Syarat Tanah Di Bawah Seksyen 124A Kanun Tanah Negara 1965 yang lengkap mengikut aktiviti dalam tempoh 6 bulan.
  1. Memproses Permohonan Pecah Sempadan Di Bawah Seksyen 137 Kanun Tanah Negara 1965 / Permohonan Serahbalik Dan Pohon Semula Tanah Di Bawah Seksyen 197 dan 76 Kanun Tanah Negara 1965 yang lengkap mengikut aktiviti dalam tempoh 6 bulan.
  1. Memproses Permohonan Pecah Bahagian Tanah Di Bawah Seksyen 142 Kanun Tanah Negara 1965 / Permohonan Penyatuan Tanah Di Bawah Seksyen 148 Kanun Tanah Negara 1965 yang lengkap mengikut aktiviti dalam tempoh 6 bulan.
  1. Memproses Permohonan Tukar Syarat Tanah Di Bawah Seksyen 124 Kanun Tanah Negara 1965 / Permohonan Pengambilan Tanah Dibawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 yang lengkap mengikut dalam tempoh 6 bulan.

 

UNIT TEKNIKAL

  1. Menyediakan Laporan Tanah Ke Atas Setiap Permohonan Pelupusan Tanah Secara Pemberimilikan Dan Selain Dari Pemberimilikan / Permohonan Pembangunan Tanah Dan Selain Dari Pembangunan Tanah yang lengap mengikut aktiviti dalam tempoh 14 hari bekerja.
  1. Menyediakan Laporan Tanah Ke Atas Setiap Permohonan Ulasan Kebenaran Merancang / Pra-rundingan / Penyediaan Permintaan Ukur mengikut aktiviti dalam tempoh 14 hari bekerja.
  1. Menyediakan Laporan Tanah Ke Atas Setiap Permohonan Penyelesaian Permintaan Ukur yang lengkap dalam tempoh 7 hari bekerja.

 

UNIT PENDAFTARAN

  1. Memastikan semua perserahan didaftarkan dalam tempoh yang ditetapkan
    • Urusniaga didaftarkan dalam tempoh 1 hari
    • Bukan urusniaga didaftarkan dalam tempoh 7 hari
  1. Memastikan proses Permohonan Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan
    • Kelulusan PTD diselesaikan dalam tempoh 14 hari
    • Kelulusan MMK diselesaikan dalam 4 bulan
  1. Memastikan proses Permohonan Geran Hilang diselesaikan dalam tempoh 4 bulan.

UNIT HASIL

  1. Memastikan bil cukai tanah dapat dicetak dalam masa tidak melebihi 3 minit bagi setiap satu hakmilik sekiranya tiada sebarang masalah pada hakmilik tersebut.
  1. Memastikan terimaan dapat dibuat dan diresitkan dalam masa tidak melebihi 5 minit bagi setiap satu hakmilik

Penafian

Pejabat Daerah dan Tanah Rembau tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Paparan terbaik dengan Google Chrome versi 43.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 piksel minimum

Hakcipta Terpelihara 2019 ©
Pejabat Daerah dan Tanah Rembau

Hubungi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rembau,
Kompleks Pentadbiran Daerah,
71309 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 606-6851225 | Faks : 606-6852884
E-mel: do_rembau[at]ns[dot]gov[dot]my
0417789
 Tarikh Akhir Dikemaskini : Selasa - 05 November 2019 | 09:23 [24hrs]