W3C small medium big red  green  blue  reload
                   
                     
IMG 4897
 
Rembau, 9 September 2022 - Telah berlangsung Program Erat Perpaduan Peringkat Daerah Rembau Tahun 2022 di Dewan Agora, Rembau. Program yang bersempena bulan kemerdekaan ini mengetengahkan mesej perpaduan kaum yang wujud di Malaysia khususnya di daerah Rembau.
 
Majlis dimulakan dengan persembahan seni mempertahankan diri oleh persatuan silat, silam bam dan wushu, sebelum diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan patriotik oleh pasukan koir Majlis Daerah Rembau. Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan pelbagai suku kaum dan orang asli serta dihoskan oleh pengacara Helmi Gimmick.
 
Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan ini turut dihadiri oleh YB Tuan Choo Ken Hwa, Exco Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional, dif-dif kehormat dan ketua jabatan daerah.
 
IMG 4942
 
IMG 4954
 
IMG 4960
 
IMG 4982
 
IMG 5020
 
IMG 5011
 
 
 

Penafian

Pejabat Daerah dan Tanah Rembau tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Paparan terbaik dengan Google Chrome versi 43.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 piksel minimum

Hakcipta Terpelihara 2021 ©
Pejabat Daerah dan Tanah Rembau

QR Code

Hubungi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rembau,
Kompleks Pentadbiran Daerah,
71309 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 606-6851225 | Faks : 606-6852884
E-mel: pdtrembau[at]ns[dot]gov[dot]my
3995945
 Tarikh Akhir Dikemaskini : Rabu - 23 November 2022.