W3C      
                   
                     

39270772 2171062229886252 6321892363052515328 o

REMBAU, 15 Ogos - Pejabat Agama Islam Daerah Rembau telah menganjurkan program seminar Dunia Halaman Ke Akhirat & Forum Wanita Syurga Bidadari Dunia, bertempat di Dewan Seri Rembau, hari ini.

Sesi ceramah pertama di kendalikan oleh Penceramah Jemputan Khas, Ustazah Asni Al Hafizah mengupas isu wanita agar bertakwa serta menghayati erti pengorbanan sebenar di bulan Zulhijah serta memahami perintah Allah SWT, taat pada suami dan bagaimana menjadi wanita hebat di sisi suami.

Manakala bagi program sesi kedua forum yang dikendalikan Moderator Ustazah Asma' Haji Harun bersama ahli panel jemputan, Profesor Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh serta panel kedua Ustazah Fatimah Syarha Haji Mohd Noordin bagi mengupas isu "Wanita Syurga Bidadari Syurga".Bagaimana menjadi wanita solehah, isteri dan ibu yang baik di syurga.

Penyelaras DUN Kota, Encik Sahrizal Masrudin hadir bagi merasmikan seminar ini yang di sertai seramai 700 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan orang awam.

Turut Hadir, Penolong Agama Islam Daerah Rembau, Ustaz Baasit Omar.

Sumber dari : JHEAINS

Penafian

Pejabat Daerah dan Tanah Rembau tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Paparan terbaik dengan Google Chrome versi 43.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 piksel minimum

Hakcipta Terpelihara 2019 ©
Pejabat Daerah dan Tanah Rembau

Hubungi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rembau,
Kompleks Pentadbiran Daerah,
71309 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 606-6851225 | Faks : 606-6852884
E-mel: do_rembau[at]ns[dot]gov[dot]my
1608763
 Tarikh Akhir Dikemaskini : Selasa - 06 Oktober 2020 | 11:21 [24hrs]