W3C      
                   
                     

kembara merdeka 2018

Rembau, 28 Ogos - Program yang menjadi kalendar tahunan Pentadbiran Daerah Rembau ini merupakan program anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau serta semua agensi di daerah Rembau. Dengan tema sambutan tahun ini iaitu "Sayangi Malaysiaku", konvoi kembara ini memulakan flag-off di Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau dan menuju ke destinasi pertama di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong. Peserta konvoi disambut meriah dengan persembahan instrumen pelajar IKTBN dan seterusnya berhenti ke check point kedua di SJK(T) Ladang Chembong.

Seterusnya, konvoi kembara terdiri daripada 22 buah kenderaan meneruskan kibaran jalur gemilang ke Dataran Rembau untuk sesi agihan bendera dan kemudiannya berhenti di SJK(C) Pei Teck Kota sebelum konvoi berakhir di check point SK Chengkau. Majlis yang turut disertai dengan penglibatan pelajar-pelajar mewarnai kemeriahan program dengan mengadakan persembahan di setiap check point yang dikunjungi konvoi kembara.

Penafian

Pejabat Daerah dan Tanah Rembau tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Paparan terbaik dengan Google Chrome versi 43.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 piksel minimum

Hakcipta Terpelihara 2019 ©
Pejabat Daerah dan Tanah Rembau

Hubungi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rembau,
Kompleks Pentadbiran Daerah,
71309 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 606-6851225 | Faks : 606-6852884
E-mel: do_rembau[at]ns[dot]gov[dot]my
1608767
 Tarikh Akhir Dikemaskini : Selasa - 06 Oktober 2020 | 11:21 [24hrs]