W3C      
                   
                     

kembara merdeka 2018

SEREMBAN 31 Ogos - Lebih 10,000 orang menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri di Dataran Majlis Perbandaran Seremban (MPS), dekat sini hari ini.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dengan diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud telah berangkat menyaksikan sambutan berkenaan.

Yang turut hadir, Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman; Tengku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri dan Menteri Besar, Y.A.B Tuan Haji Aminuddin Harun.

Sebanyak 94 kontinjen yang terdiri daripada lebih 5,971 peserta jabatan kerajaan, pasukan beruniform, pelajar sekolah dan universiti, pertubuhan bukan kerajaan serta syarikat swasta mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan itu.

Turut ditampilkan ialah perarakan aset daripada Syarikat Air Negeri Sembilan, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. - Sumber:UTUSAN ONLINE

Penafian

Pejabat Daerah dan Tanah Rembau tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Paparan terbaik dengan Google Chrome versi 43.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 piksel minimum

Hakcipta Terpelihara 2019 ©
Pejabat Daerah dan Tanah Rembau

Hubungi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rembau,
Kompleks Pentadbiran Daerah,
71309 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 606-6851225 | Faks : 606-6852884
E-mel: do_rembau[at]ns[dot]gov[dot]my
1608915
 Tarikh Akhir Dikemaskini : Selasa - 06 Oktober 2020 | 11:21 [24hrs]