Imunisasi Covid19

Seremban, 3 Mac 2021 – Tiga negeri memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan pemimpin dan anggota barisan hadapan menjadi penerima awal menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech.

Di Negeri Sembilan Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun mendahului 586 anggota barisan hadapan menerima suntikan vaksin COVID-19 di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban pada 2.40 petang. Beliau berkata pemberian suntikan vaksin fasa pertama di negeri tersebut akan melibatkan kira-kira 21,000 petugas hadapan.

“Sebanyak 19,890 bilangan dos vaksin diterima setakat hari ini untuk kegunaan 9,945 petugas hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut menerima suntikan ialah Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Sehingga kini 37 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dikenal pasti di seluruh Negeri Sembilan

Sumber : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Disclaimer

Negeri Sembilan State Government shall not be liable for any loss or damage caused by the user information obtained from this site.

Best viewed Mozilla Firefox version 43.0 above and minimum resolution 1024 x 768.

Privacy Policy | Security Policy | FAQ | Sitemap

Contact Us

Secretary State Office of Negeri Sembilan,
Level 5, Block A, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek, 70503 Seremban,
Negeri Sembilan. Tel : 606-765 9900
Faks : 606-761 7386
E-mel: korporatsukns[at]ns[dot]gov[dot]my
 
2537614
 Tarikh Akhir Dikemaskini : Tuesday - 11 May 2021 | 23:02 [24hrs]