Kutipan Hasil NS 1

Seremban, 10 Ogos 2022 (Korporat SUKNS) – Negeri Sembilan merekodkan kutipan hasil sebanyak RM284.93 juta setakat 30 Jun 2022 berbanding RM234.93 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas, kata Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata prestasi kutipan keseluruhan hasil itu adalah bersamaan 65.96 peratus iaitu lebih tinggi berbanding 52.44 peratus tahun sebelumnya.

“Hasil cukai mencatatkan kutipan berjumlah RM134.0 juta direkodkan lebih tinggi berbanding kutipan RM129.84 juta iaitu hasil cukai bagi tempoh yang sama tahun 2021.

“Kutipan hasil bukan cukai pula adalah RM116.44 juta bersamaan berbanding hanya RM72.97 juta pada 30 Jun 2021,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Sementara itu, Hasil Bukan Cukai merekodkan peningkatan ketara sebanyak RM43.47 juta atau 59.58 peratus. Terimaan Bukan Hasil pula merekodkan kutipan berjumlah RM34.48 juta bersamaan 57.48 peratus berbanding sehingga 30 Jun 2021 iaitu berjumlah RM32.12 juta.

Sumber : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Disclaimer

Negeri Sembilan State Government shall not be liable for any loss or damage caused by the user information obtained from this site.

Best viewed Mozilla Firefox version 43.0 above and minimum resolution 1024 x 768.

Privacy Policy | Security Policy | FAQ | Sitemap

Contact Us

Secretary State Office of Negeri Sembilan,
Level 5, Block A, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek, 70503 Seremban,
Negeri Sembilan. Tel : 606-765 9900
Faks : 606-761 7386
E-mel: korporatsukns[at]ns[dot]gov[dot]my
 
4107853
 Tarikh Akhir Dikemaskini : Wednesday - 01 February 2023.