PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
- Memastikan urusan pembayaran bil dan tuntutan diselesaikan dalam tempoh 14 hari.
- Memastikan aduan pelanggan diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 14 hari.
- Memastikan pemberian taraf berpencen dihantar kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUKNS dalam tempoh 7 hari selepas genap 3 tahun perkhidmatan.
- Memastikan rekod cuti rehat dikemaskini secara dalam talian di tahap 100%.
- Memastikan barangan stor dapat dibekalkan dalam tempoh 5 hari.
UNIT PELUPUSAN TANAH
- Memproses semua Permohonan Pemberimilikan Di Bawah Seksyen 78 Kanun Tanah Negara 1965 / Permohonan Perizaban Di Bawah Seksyen 26 Kanun Tanah Negara 1965 / Permohonan Pajakan Tanah Rizab Di Bawah Seksyen 63 Kanun Tanah Negara 1965 yang lengkap mengikut aktiviti dalam tempoh 12 bulan.
- Memproses semua Permohonan Lesen Pendudukan Sementara Seksyen 65 Kanun Tanah Negara 1965 yang lengkap dalam tempoh 9 bulan.
- Memproses semua Permohonan Permit Bahan Batuan Di Bawah Seksyen 69 Dan 70 Kanun Tanah Negara 1965 Bagi Tanah Merah / Rumput yang lengkap dalam tempoh 3 bulan.
- Memproses semua Permohonan Permit Bahan Batuan Di Bawah Seksyen 69 Dan 70 Kanun Tanah Negara 1965 Bagi Pasir Sungai yang lengkap dalam tempoh 12 bulan.
UNIT PEMBANGUNAN TANAH
- Memproses Permohonan Serahbalik Dan Berimilik Semula Tanah Di Bawah Seksyen 204A Kanun Tanah Negara 1965 / Permohonan Serentak Pecah Sempadan Dan Tukar Syarat Tanah Di Bawah Seksyen 124A Kanun Tanah Negara 1965 yang lengkap mengikut aktiviti dalam tempoh 6 bulan.
- Memproses Permohonan Pecah Sempadan Di Bawah Seksyen 137 Kanun Tanah Negara 1965 / Permohonan Serahbalik Dan Pohon Semula Tanah Di Bawah Seksyen 197 dan 76 Kanun Tanah Negara 1965 yang lengkap mengikut aktiviti dalam tempoh 6 bulan.
- Memproses Permohonan Pecah Bahagian Tanah Di Bawah Seksyen 142 Kanun Tanah Negara 1965 / Permohonan Penyatuan Tanah Di Bawah Seksyen 148 Kanun Tanah Negara 1965 yang lengkap mengikut aktiviti dalam tempoh 6 bulan.
- Memproses Permohonan Tukar Syarat Tanah Di Bawah Seksyen 124 Kanun Tanah Negara 1965 / Permohonan Pengambilan Tanah Dibawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 yang lengkap mengikut dalam tempoh 6 bulan.
UNIT TEKNIKAL
- Menyediakan Laporan Tanah Ke Atas Setiap Permohonan Pelupusan Tanah Secara Pemberimilikan Dan Selain Dari Pemberimilikan / Permohonan Pembangunan Tanah Dan Selain Dari Pembangunan Tanah yang lengap mengikut aktiviti dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Menyediakan Laporan Tanah Ke Atas Setiap Permohonan Ulasan Kebenaran Merancang / Pra-rundingan / Penyediaan Permintaan Ukur mengikut aktiviti dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Menyediakan Laporan Tanah Ke Atas Setiap Permohonan Penyelesaian Permintaan Ukur yang lengkap dalam tempoh 7 hari bekerja.
UNIT PENDAFTARAN
- Memastikan semua perserahan didaftarkan dalam tempoh yang ditetapkan
- Urusniaga didaftarkan dalam tempoh 1 hari
- Bukan urusniaga didaftarkan dalam tempoh 7 hari
- Memastikan proses Permohonan Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan
- Kelulusan PTD diselesaikan dalam tempoh 14 hari
- Kelulusan MMK diselesaikan dalam 4 bulan
- Memastikan proses Permohonan Geran Hilang diselesaikan dalam tempoh 4 bulan.
UNIT HASIL
- Memastikan bil cukai tanah dapat dicetak dalam masa tidak melebihi 3 minit bagi setiap satu hakmilik sekiranya tiada sebarang masalah pada hakmilik tersebut.
- Memastikan terimaan dapat dibuat dan diresitkan dalam masa tidak melebihi 5 minit bagi setiap satu hakmilik