Telah berlangsung sesi Lawatan Kerja Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) ke Pejabat Daerah dan Tanah Rembau. Delegasi yang diketuai oleh Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap, Pengarah PTGNS bersama 10 orang pegawai telah disambut oleh Tuan Mohd Zamri bin Mohd Esa, Pegawai Daerah Rembau bersama Timbalan Pentadbir Tanah Daerah, Puan Nooralina binti Othman serta barisan pegawai PDT Rembau.
Kiosk Pintar Hemat e-PTGNS merupakan salah satu inisiatif terbaharu yang diperkenalkan oleh PTGNS ke semua pejabat-pejabat tanah daerah bertujuan memberikan perkhidmatan nilai tambah kepada rakyat di Negeri Sembilan khususnya kepada pembayar cukai tanah.
Rembau merupakan daerah terakhir dalam siri lawatan kerja Pengarah PTGNS bagi melihat sendiri proses kerja di samping beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan PDT Rembau. Selain bertukar idea serta halatuju dalam memberikan perkhidmatan awam terbaik di Negeri Sembilan, lawatan ini juga turut menjadi penanda aras kepada PDT Rembau untuk terus memacu kecemerlangan dalam urustadbir tanah di daerah.
#MalaysiaMadani #BersihMuafakatSejahtera #PerkhidmatanBerkualitiTerasKecemerlangan