BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Unit Pentadbiran & Kewangan
Unit Majlis Keraian
Unit Keselamatan
Unit Teknologi Maklumat
[ Unit Pentadbiran & Kewangan ]
Menguruskan hal ehwal berkaitan kebersihan pejabat.
Menguruskan hal ehwal berkaitan keselamatan pejabat.
Memproses permohonan lesen minum keras.
Urus setia mesyuarat.
Menyelaras jawatankuasa keselamatan daerah.
Menyelaras daftar pemilihan suruhanjaya pilihanraya.
Menyelaras aktiviti Majlis Keselamatan Jalanraya Daerah.
Menyelaras lawatan orang-orang kenamaan (VVIP) ke daerah.
Menyelenggaraan kenderaan jabatan.
Mengemaskini rekod perkhidmatan jabatan dan cuti.
Mengemaskini perjawatan jabatan.
Menyelaras laporan prestasi semua pegawai dan kakitangan kerajaan dan menyemak Laporan Panel Pergerakan Gaji.
Urus setia Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan.
Menyediakan Penyata Perubahan (kew8).
Menyelaras kursus untuk pegawai dan kakitangan.
Memproses pergerakan dan kemasukkan ke dalam jawatan berpencen.
Menyediakan dan menguruskan permohonan pinjaman kenderaan/komputer pegawai dan kakitangan.
[ Unit Majlis Keraian ]
Menguruskan majlis-majlis rasmi kerajaan dan keraian.
Mengedar makluman dan surat/kad jemputan ke program/majlis rasmi dan keraian.
Mengeluarkan senarai nama kenamaan, ketua jabatan/agensi berserta jawatan, nombor dan hubungan
Mengadakan hari bersama pelanggan.
Bantuan khidmat nasihat pengurusan majlis rasmi susunan dan protokol majlis rasmi.
[ Unit Keselamatan ]
Perlaksanaan tindakan selepas penerimaan aduan perkara-perkara yang dianggap menjejaskan keselamatan awam.
Pengurusan bantuan dan menyelamat mangsa-mangsa bencana alam.
Bantuan khidmat nasihat mengenai hal ehwal keselamatan pegawai, rahsia rasmi dan keselamatan bangunan kerajaan.
[ Unit Teknologi Maklumat ]
Memberikan khidmat sokongan teknikal ICT kepada kakitangan ke arah meralisasikan kerajaan elektronik
Membangunkan dan mengemaskini maklumat-maklumat jabatan di dalam laman web rasmi jabatan.
Menyelenggara dan membaik pulih peralatan ICT jabatan.
Menyelaras dan mengawasi penggunaan sistem, peralatan server dan lain-lain yang berkaitan.
BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH
Unit Tanah
Unit Hasil
Unit Pendaftaran
[ Unit Tanah ]
Memproses pelupusan tanah kerajaan.
Memproses permohonan melonggar sekatan kepentingan.
Memproses permohonan lesen pendudukan sementara.
Memproses pengambilan balik tanah di bawah sek.3(1)(a).
Memproses pengambilan balik tanah di bawah sek.3(1)(a)(b) dan (c).
Memproses permohonan pecah bahagian.
Memproses permohonan tukar syarat.
Memproses permohonan penyatuan tanah.
Memproses permohonan pecah sempadan.
Melaksanakan siasatan dan penyediaan laporan tanah.
Menyediakan permintaan ukur.
Memproses pendaftaran nombor P.T.
Menyediakan penyelesaian Pelan Akui.
Menyelenggara inventori tanah kosong kerajaan.
Menyelenggara pelan tanah dan urusan penyediaan pelan tanah.
[ Unit Hasil ]
i. Perkhidmatan kaunter (hasil)
Menerima bayaran cukai. Memproses permohonan kurang cukai tanah tanam semula. Mengeluarkan pelbagai penyata kutipan hasil. ii. Perakaunan Menyelenggara buku tunai cerakinan dan lain-lain rekod akaun. Mengurus surat-menyurat. Mengurus daftar fail. Menyediakan penyata penyesuaian hasil. Menyediakan penyata bulanan untuk auditan BNNS. Mengeluarkan notis 6A/8A. iii. Pentadbiran Aduan pelanggan. Teguran audit BNNS. Rayuan. Menyemak dan mengemaskini data-data komputer kerana tukar syarat, pengambilan tanah dan sebagainya.
[ Unit Pendaftaran ]
Memproses pendaftaran urusniaga.
Memproses pendaftaran bukan urusniaga.
Memproses pendaftaran hakmilik sementara.
Memproses pendaftaran hakmilik kekal.
Membuat catatan pada hakmilik daftar (DHDK).
Memproses permohonan perintah jual.
Memproses pembahagian harga pusaka kecil.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
Unit Pembangunan Sosial.
Unit Pembangunan Fizikal
BAHAGIAN PERUNDANGAN
Menyediakan khidmat nasihat bagi hal-hal tanah dan perundangan melibatkan jabatan.
Menyediakan dokumentasi seperti penyata tuntuan, penyata pembelanjaan dan afidavit bagi kes-kes sivil yang melibatkan jabatan ini untuk difailkan di mahkamah.
Mengadakan siri perbincangan dari semasa ke semasa dengan pejabat penasihat undang-undang, peguam dan orang awam tentang prosedur dan permasalahan berkaitan tanah.
Menyemak perjanjian-perjanjian yang melibat kepentingan jabatan.