BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
- Unit Pentadbiran & Kewangan
- Unit Majlis Keraian
- Unit Keselamatan
- Unit Teknologi Maklumat
[ Unit Pentadbiran & Kewangan ]
- Menguruskan hal ehwal berkaitan kebersihan pejabat.
- Menguruskan hal ehwal berkaitan keselamatan pejabat.
- Memproses permohonan lesen minum keras.
- Urus setia mesyuarat.
- Menyelaras jawatankuasa keselamatan daerah.
- Menyelaras daftar pemilihan suruhanjaya pilihanraya.
- Menyelaras aktiviti Majlis Keselamatan Jalanraya Daerah.
- Menyelaras lawatan orang-orang kenamaan (VVIP) ke daerah.
- Menyelenggaraan kenderaan jabatan.
- Mengemaskini rekod perkhidmatan jabatan dan cuti.
- Mengemaskini perjawatan jabatan.
- Menyelaras laporan prestasi semua pegawai dan kakitangan kerajaan dan menyemak Laporan Panel Pergerakan Gaji.
- Urus setia Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan.
- Menyediakan Penyata Perubahan (kew8).
- Menyelaras kursus untuk pegawai dan kakitangan.
- Memproses pergerakan dan kemasukkan ke dalam jawatan berpencen.
- Menyediakan dan menguruskan permohonan pinjaman kenderaan/komputer pegawai dan kakitangan.
[ Unit Majlis Keraian ]
- Menguruskan majlis-majlis rasmi kerajaan dan keraian.
- Mengedar makluman dan surat/kad jemputan ke program/majlis rasmi dan keraian.
- Mengeluarkan senarai nama kenamaan, ketua jabatan/agensi berserta jawatan, nombor dan hubungan
- Mengadakan hari bersama pelanggan.
- Bantuan khidmat nasihat pengurusan majlis rasmi susunan dan protokol majlis rasmi.
[ Unit Keselamatan ]
- Perlaksanaan tindakan selepas penerimaan aduan perkara-perkara yang dianggap menjejaskan keselamatan awam.
- Pengurusan bantuan dan menyelamat mangsa-mangsa bencana alam.
- Bantuan khidmat nasihat mengenai hal ehwal keselamatan pegawai, rahsia rasmi dan keselamatan bangunan kerajaan.
[ Unit Teknologi Maklumat ]
- Memberikan khidmat sokongan teknikal ICT kepada kakitangan ke arah meralisasikan kerajaan elektronik
- Membangunkan dan mengemaskini maklumat-maklumat jabatan di dalam laman web rasmi jabatan.
- Menyelenggara dan membaik pulih peralatan ICT jabatan.
- Menyelaras dan mengawasi penggunaan sistem, peralatan server dan lain-lain yang berkaitan.
BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH
- Unit Tanah
- Unit Hasil
- Unit Pendaftaran
[ Unit Tanah ]
- Memproses pelupusan tanah kerajaan.
- Memproses permohonan melonggar sekatan kepentingan.
- Memproses permohonan lesen pendudukan sementara.
- Memproses pengambilan balik tanah di bawah sek.3(1)(a).
- Memproses pengambilan balik tanah di bawah sek.3(1)(a)(b) dan (c).
- Memproses permohonan pecah bahagian.
- Memproses permohonan tukar syarat.
- Memproses permohonan penyatuan tanah.
- Memproses permohonan pecah sempadan.
- Melaksanakan siasatan dan penyediaan laporan tanah.
- Menyediakan permintaan ukur.
- Memproses pendaftaran nombor P.T.
- Menyediakan penyelesaian Pelan Akui.
- Menyelenggara inventori tanah kosong kerajaan.
- Menyelenggara pelan tanah dan urusan penyediaan pelan tanah.
[ Unit Hasil ]
i. Perkhidmatan kaunter (hasil)
- Menerima bayaran cukai.
- Memproses permohonan kurang cukai tanah tanam semula.
- Mengeluarkan pelbagai penyata kutipan hasil.
ii. Perakaunan - Menyelenggara buku tunai cerakinan dan lain-lain rekod akaun.
- Mengurus surat-menyurat.
- Mengurus daftar fail.
- Menyediakan penyata penyesuaian hasil.
- Menyediakan penyata bulanan untuk auditan BNNS.
- Mengeluarkan notis 6A/8A.
iii. Pentadbiran - Aduan pelanggan.
- Teguran audit BNNS.
- Rayuan.
- Menyemak dan mengemaskini data-data komputer kerana tukar syarat, pengambilan tanah dan sebagainya.
[ Unit Pendaftaran ]
- Memproses pendaftaran urusniaga.
- Memproses pendaftaran bukan urusniaga.
- Memproses pendaftaran hakmilik sementara.
- Memproses pendaftaran hakmilik kekal.
- Membuat catatan pada hakmilik daftar (DHDK).
- Memproses permohonan perintah jual.
- Memproses pembahagian harga pusaka kecil.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
- Unit Pembangunan Sosial.
- Unit Pembangunan Fizikal
[ Unit Pembangunan Sosial ]
[ Unit Pembangunan Fizikal ]
BAHAGIAN PERUNDANGAN
- Menyediakan khidmat nasihat bagi hal-hal tanah dan perundangan melibatkan jabatan.
- Menyediakan dokumentasi seperti penyata tuntuan, penyata pembelanjaan dan afidavit bagi kes-kes sivil yang melibatkan jabatan ini untuk difailkan di mahkamah.
- Mengadakan siri perbincangan dari semasa ke semasa dengan pejabat penasihat undang-undang, peguam dan orang awam tentang prosedur dan permasalahan berkaitan tanah.
- Menyemak perjanjian-perjanjian yang melibat kepentingan jabatan.