Rembau, 9 September 2022 – Telah berlangsung Program Erat Perpaduan Peringkat Daerah Rembau Tahun 2022 di Dewan Agora, Rembau. Program yang bersempena bulan kemerdekaan ini mengetengahkan mesej perpaduan kaum yang wujud di Malaysia khususnya di daerah Rembau.
Majlis dimulakan dengan persembahan seni mempertahankan diri oleh persatuan silat, silam bam dan wushu, sebelum diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan patriotik oleh pasukan koir Majlis Daerah Rembau. Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan pelbagai suku kaum dan orang asli serta dihoskan oleh pengacara Helmi Gimmick.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan ini turut dihadiri oleh YB Tuan Choo Ken Hwa, Exco Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional, dif-dif kehormat dan ketua jabatan daerah.