Program Kembara Merdeka Akar Umbi Negeri Sembilan Tahun 2024 ini diadakan bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan 31 Ogos 2024 membawa Jalur Gemilang akan bergerak ke seluruh Negeri Sembilan dengan konsep “Pass Baton” yang melibatkan penyertaan seramai 200 penunggang motosikal serta turut melibatkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sepanjang perjalanan tersebut di 7 check point yang mewakili setiap daerah.
Program ini akan dilaksanakan dengan pendekatan program yang lebih menyeluruh di setiap Check Point (CP) terpilih bagi Daerah Seremban, Port Dicson, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu sebagai platform sebaran maklumat kenegaraan dan patriotisme bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan.